art of the world
Perkaitan antara Islam, seni dan estetika adalah erat dan rapat sekali. Sifat dinamik ajaran Islam membolehkan penganut-penganutnya menghayati keindahan dalam pelbagai bidang; tidak tertumpu hanya dalam bidang seni sahaja. Dalam mendiskusikan tajuk ini perlu didefinisikan apakah Islam, seni dan estetika secara berasingan sebelum boleh dilihat perkaitan yang berfaedah dan yang tidak berfaedah. Ini penting dari kita menolak secara melulu menurut dogma semata-mata, bertaklid buta atau menerima tanpa diskusi mendalam.
Secara amnya, Islam adalah agama yang diwahyukan Allah s.w.t semenjak Nabi Adam a.s sehingga ke nabi dan Rasul terakhir, Nabi Muhammad s.a.w. Islam dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bermaksud beriman kepada Allah s.w.t., mengimani para Nabi dan Rasul, para Malaikat, hari akhirat, qadha dan qadar dan kitab-kitab yang diwahyukan Allah s.w.t. Manusia diberi amanah melalui Islam bahawa mereka dan para jin dijadikan semata-mata untuk menyembah Allah s.w.t. Islam juga adalah penyerahan secara mutlak melalui hati, pengucapan lisan dan tingkah laku melalui refleksi amalan dan ibadat.
-
Archives
- January 2012 (1)
- December 2011 (2)
- August 2011 (2)
- July 2011 (2)
- June 2011 (1)
- February 2011 (2)
- April 2010 (1)
- December 2009 (1)
- October 2008 (1)
- September 2008 (1)
- August 2008 (3)
- July 2008 (1)
-
Categories
-
RSS
Entries RSS
Comments RSS








